Thursday, December 18, 2008

Bila Boleh Bikin

Bila aku sebut ayat ni, teringat aku dengan short filem Mr. Toad bertajuk Bila Boleh bikin. Dalam sebenarnya maksud ayat ini. Walaupun ayatnya simple dan penggunaan frosa bahasa yang kurang tepat, tetapi maksudnya boleh membuat semua orang berfikir dan terfikir. Kenapa aku berkata demikian?

Yang pertama - Bercakap tentang bola sepak Malaysia.

= Bila Boleh Bikin pemain yang bertaraf dunia?
* Macam Gerrard, Torres, Ronaldo, Rooney, Maldini, Pepe, Ricardo, Buffon, Casilas
dan ramai lagi player yang bagus dan mantap.
* Orang asia - Park Ji Sung, Nakamura dan lain2..

} Kenape orang Malaysia tak boleh main bagus macam orang barat?
* Saiz? - Paul Scholes, Robinho, Wright Philips, dll...
(Besar mana diorang?)
* Kepantasan? - Robbie Keane, Andriano, Beckham, dll...
(pantas ke diorang?)
* Tak De Kemudahan? - Afrika, Amerika Latin, dll...
(Negara diorang kadang2 ada yang tak makan)

= Bila Boleh Bikin padang bola bertaraf dunia?
* Macam AnField, Old Traford (Betul ke ejaan aku? tak kisahlah bukan aku minat MU),
San Siro, dan lain2...

Itu baru sikit... Belum sentuh hal yang lain lagi. Kenapelah jadi macam ni? Bila nak boleh bikin kalau semua nak libatkan politik? Betul tak? Ape yang korang dapat kalau politik jadi agenda utama kemajuan bola sepak malaysia? Orang lain main penat2, orang lain boleh habuan. mau taknya player malaysia main mcm gampang. tgk player luar, walaupun kekadang ada konspirasi, ketidak adilan, perjudian, setting game, ada player cakap ape2? sebb diorang berkerja, bos nak buat ape... buat la. yang penting gaji aku juta. so.... INILAH MALAYSIA...

To be continue..............

Monday, December 1, 2008

Jom Berfikir

Kenapa perlu berlaku?

Persoalan demi persoalan menghimpit lubuk fikiranku. Aku sering tertanya sendirian mengapa semua ini berlaku tanpa persekitaran mengambil kisah tentang apa yang berlaku. Apa yang berlaku? Itulah jawapan yang dijawab oleh segelintir masyarakat kota yang serba maju dan mewah ini. Lebih teruk jawapan yang diperolehi perlu ke aku mengambil tahu? Aku tertanya sendirian lagi. Seperti ini ke pemikiran seorang manusia yang hidup dalam dunia yang ada tamadun. Mungkin bagi aku ya. Mungkin bagi aku juga tidak. Ape-ape pun masing-masing punya hak untuk menilai dan mengambil keputusan sendiri. Orang lain tidak punya hak untuk bersuara atau mempertikaikan.
Berbalik kepada persoalan kenapa perlu berlaku? Ini adalah satu pandangan peribadi daripada seorang rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysianya.

Pelbagai pekara banyak berlaku didepan mata ku. Bermula dengan yang baik sampai yang tidak baik. Namun kesemua pekara yang pernah berlaku pada lubuk mataku adalah pengajaran untuk hidupku serta pengalaman hidup untuk aku dikota yang sungguh sibuk dan maju. Kekadang aku menjadi insaf dengan bermacam-macam situasi yang berlaku. Ada juga aku ketawa melihat gelagat mereka, dan ada juga aku terpaku dengan tingkah laku mereka. Malah ada juga kadang-kadang aku berbangga dengan tingkah laku mereka.

Situasi 1.
Berlaku semasa aku bersama-sama tunangku untuk membeli makanan di KFC. Pada waktu itu sudah pukul 8:30 minit malam. Aku sekadar menanti tunangku dari luar pintu KFC kerana pada ketika itu terlalu ramai sangat orang. Sedang aku menghisap rokok aku terdengar satu jeritan suara seorang lelaki. Dalam jeritan itu aku tidak pasti samaada yang menjerit itu adalah orang tua atau muda. Seperti selalu sifat ingin tahu aku membawa diriku kepada bunyi jeritan itu. Sungguh aku tidak sangka yang menjerit disitu adalah seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 50an.

Situasi 2.
Kawasan puduraya. Kawasan ini merupakan kawasan yang aku kira sangat sibuk setiap masa. Ditambah pula dengan bilangan manusia yang terlalu ramai. Pada ketika itu jam sudah menunjukan hampir pukul 10 malam. Aku menanti dengan penuh sabar bus yang akan membawa aku ke kangar. Semasa sedang asyik memang gelagat pasangan bercinta berhampiran denganku, sekumpulan student wanita yang sungguh asyik dengan acara menghilangkan boring, gelagat orang-orang tua, dan gelagat si penjual-penjual tiket yang bukan dari kuanter tiket. Tiba-tiba kecoh seketika. Aku melihat sekumpulan lelaki (penjual-penjual tiket) membawa seorang lelaki yang dilihat seperti seorang pesalah dibawa oleh polis.

Situasi 3.
Central Market. Kawasan membeli belah yang aku paling sedih di kuala lumpur. Sangat sedih. Kalau masyarakat cina mempunyai kawasan membeli belah yang dipanggil china town, aku boleh bagi nama central market ini sebagai indon dan bangla town. Sungguh ramai betul rakyat mereka bertempek di kaki-kaki lima dan laluan di sana. Aku kekadang takut nak pergi situ. Tapi, kerana tugas aku terpaksa menempuhi ruang-ruang jalan yang agak menyeramkan. Jam menunjukkan pukul 5:10 minit petang. Di sebelahku berlaku satu rompakan yang melibatkan warga Indonesia dan Bangladesh.

Aku hanya ingin menceritakan 1% daripada keseluruhan situasi yang berlaku didepan mataku. Pekara-pekara ini yang sebenarnya aku ingin membawa seluruh rakyat Malaysia berfikir sejenak. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Kenapa perlu berlaku? Dan apakah persoalan yang berlaku di setiap pekara-pekara diatas. Mesti pelikkan kenapa aku tidak menghabiskan kesemua cerita-cerita aku. Aku harap yang membaca hasil tulisan aku ini dapat berfikir apa yang sebenarnya berlaku.