Wednesday, March 4, 2009

6 June 2008

Lafaz CINTA Pertamaku Untuk Die yang Bernama Syafila.


“Kemudian berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan… aku mula menyedari fitrah dan keinginan aku sebagai seorang lelaki…

Timbul naluri baru yang merunsingkan tetapi menyeronokkan, menjadikan hubungan persahabatan yang terjalin ketika di sini semakin rumit. Tubuh aku semakin gelisah dengan tanda-tanda aneh tentang dunia baru yang penuh dengan norma yang betul dan salah…

…tentang cinta, tentang perasaan, tentang harapan….”

“fahami dengan teliti tentang setiap setiap kata-kata ini. Makna yang tersirat adalah sesuatu yang mahukan jawapan. Apakah ini semakin berat untuk dipersoalkan. Hanya ia mampu memberikan satu persoalan pasti….”

Kalau sesuatu yang dinyatakan adalah satu keputusan yang terlanjur dalam kehidupan. Mungkin ini satu kejutan yang perlu disentuh dalam meniti satu titian. Keyakinan membatasi perlakuan yang menyakitkan, tetapi kenapa ia perlu dijadikan sebagai alasan untuk menjadikan mimpi sebagai nyata.

Sudah terang lagi disuluh makna setiap kenyataan ini. Persoalan yang diungkai adalah penyebab utama yang mampu mengubah segala kemungkinan…

Aku letak satu impian dalam keadaan diri terdesak, percaya pada suatu mimpi yang seakan-akan memberikan satu keputusan yang menyeksakan..

Satu lafaz yang tersusun adalah dari diri yang jujur….

Mungkin ini kesudahannya… dalam senyum ku mengerti perasaannya…

Dalam Tawa Yang Membisik,

Ada Sendu Yang Mengusik…

Dalam Jiwa Yang Membangkit,

Ada Sesuatu Yang Terungkit…

Segalanya yang tertulis adalah dari jiwa yang luhur.

Bukan niatku untukmengharap

Tapi kenyataan hati meyakinkan

Aku adalah manusia hina

Semakin lemah meniti jalan yang lurus

Aku cuba lihat kedepan

Namun kebelakang juga jadi halangan

Kenapa sedemikian…

Adakah salah aku yang membodohkan diri

Mengabdikan diri dengan keadaan

Mengharapkan takdir dalam gengaman

Aku perlu berubah,

Tapi aku yang salah…

Jika ini jawapan

Aku terima dengan hati yang lapang

Dan jika ini persimpangan

Aku tidak akan membelok

Kerna aku tahu tentang sesuatu

Cinta adalah satu pengorbanan

Dari jiwa yang luhur dan abadi….

Nukilan ini untuk insan yang paling aku sayangi… susah untuk aku, namun aku perlu teruskan kerana aku yakin dengan diri ku.. apa yang perlu untuk kita adalah kesabaran. Jika cinta yang ku tunggu… aku akan menanti dengan hati yang luhur... hanya ini yang termampu ku lakukan untuk meluahkan hasrat hati ku..

Saiful amar

No comments: