Tuesday, April 28, 2009

PAK PANDIR, satu evolusi pemberontakan.

Semalam, dengan hati yang penuh riang. Tiada ganggu emosi ditempat kerja, tiada masalah berkaitan jiran rumah, dan tiada ape-ape yang menggangu keadaan diriku. Aku sangat gembira semalam. Tapi akhirnya kegembiraan aku ditarik sekelip mata. Mungkin benar kata orang, kite jangan terlalu seronok kerana mungkin ada pekara sedih akan mengundang.

Adakah masuk akalnya bagi seorang manusia yang punya akal fikiran yang normal digelar sebagai Pak Pandir?

Pada aku, Pak Pandir adalah satu ikon kemusnahan peribadi dan persepsi manusia jika ada yang memahami ape sebenarnya disebalik cerita-cerita komedi (disangkakan komedi) tersebut. Pada aku ia sanggat memalukan dan kejam jika gelaran itu diberikan kepada seseorang yang mempunyai cukup akal pakainya. Tapi, entahla. Aku sendiri tidak memahami kenape.

Dari sekolah dulu aku mendengar dan membaca kisah-kisah bagaimana cerita komedi dari koleksi donggeng dulu-dulu meresapi seluruh permikiran kanak-kanak untuk tujuan kelakar. Tanpa sedar pekara tersebut mula menjadi satu permainan perasaan bagi kanak-kanak yang kurang daya fikir logik dan tidak logik menjadi makanan kepada mereka. Sememangnya tanpa sedar seorang kanak-kanak mula mengikuti jejak langkah dari koleksi komedi donggeng dulu-dulu sebagai ikutan. Sampai sekarang jika dilihat melalui dari aspek pengkajian hampir keseluruhan orang muda sekarang yang rata-rata berumur antara 20 - 27 tahun mengandungi 3 - 5 % sifat dari koleksi komedi donggeng dulu-dulu. Antara sedar atau tidak? Sememangnya pekara tidak pernah disentuh oleh mana-mana pihak (aku rasa la).

Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai dan Mat Jenin. Empat modul cerita komedi donggeng dulu-dulu yang aku tidak tahu mana asal usul cerita ini dibawa (lupa). Dan, sangat sinonim dengan dengan masyarakat melayu kini apabila kita cuba padankan dengan antara melayu dan kisah komedi ini. Dengan berlakunya pelbagai masalah didalam negara kita. Aku dapat bayangkan bagaiman keempat-empat ikon kemusnahan ini menguasai setiap diri manusia. Betulkan aku kalau aku silap.

Pekara ini berlaku pada diriku. Dalam senyuman yang aku pamerkan dari awal pagi walaupun keletihan dan akhirnya aku menjadi mangsa kesedihan dan kekejaman. Pada aku tidak salah untuk memberikan pendapat. Tidak salah pada aku untuk seseorang memberikan tunjuk ajar pada diriku. Sememangnya perlu jika kita tersalah arah, memang perlu kite ditunjukkan ajar. Aku sangat mengerti tentang pekara itu. Tapi, bukan beerti kita punya lesen untuk gelarkan orang lain pada satu gelaran yang pada aku gelaran itu sememangya agak kejam.

Tak masuk akalkan kalau aku ingin marah dan benci pada seseorang itu hanya kerana dia mengatakan aku sebagai Pak Pandir. Tapi, Ya, Memang, Aku, Akan Marah, Dan, Benci, Jika, Aku, Digelar, Sebagai Pak, Pandir. Aku punya sebab dan alasan kenape aku perlu marah. Aku punya penyebab sendiri kenape aku begitu benci dengan gelaran itu. Pada aku la, aku rasakan aku boleh lagi kot terima kalau orang kata aku babi, anjing, dan ape2 lagi la. Memang mesti marah, tapi, tak sampai la tahap dewa aku nak marahkan. Tapi, pada aku gelaran Pak Pandir untuk aku, sememangnya mencabar diriku seorang lelaki. Aku boleh buat ape yang aku rasa perlu buat.