Sunday, May 24, 2009

Syurga Cinta... Macam pernah ku tgk cerita mcm ini.... tapi dimana ya?

Judul Filem : Syurga Cinta
Nama panggung : Metrowealth Cineplex Alor Star (city Plaza)
Nama Pengarah : Ahmad Idham
Terbitan : MIG Production Sdn. Bhd.
Penerbit : David Teo
Pelakon : Awal Ashaari (Irham)
: Heliza AF ( Cikgu Syuhada)
: Haziq (Ikmal)

Filem Syurga Cinta, merupakan filem ke-11 arahan Ahmad Idham. Pada pendapat aku cerita ni best. (pandangan bagi seseorang yang tak tau apa itu kritikan. aku pun sama. lebih kurang je). Aku menonton filem ini dengan harapan ia adalah karya asli. Karya yang tidak menyerupai mana-mana filem luar atau filem dalam negara sendiri. Dalam erti kata lain klise. Tapi, alangkah sedihnya bila aku menonton filem ini, tetibe aku terus dibawa oleh satu perasaan yang seoalah-seolah dua filem sedang berada dimataku seiringan.

(kalau sebelum ini pernah dilontarkan satu kenyataan bahawa filem ini adalah konsep dari filem Kiamat Sudah Dekat sila nyatakan padaku. sebb aku mungkin tak tahu pekara itu.)

Tapi, kenapa kite perlu mengambil filem luar sebagai satu platform untuk membina satu filem kite? alangkah sedihnya tentang pekara itu. seolah-olah kite ketandusan idea untuk memberikan satu pekara yang fresh dan baru dalam arena perfileman kite. Filem Syurga Cinta amat mirip dengan filem Kiamat Sudah Dekat. Cuma yang bezanya adalah beberapa plot supaya tidak dinampakkan filem Syurga Cinta seperti filem Kiamat Sudah Dekat. Aku nyatakan sedikit ape yang sama antara dua filem ini.

Watak, dalam filem Syurga Cinta menampilkan tiga watak utama iaitu Irham, Ikmal dan Syuhada. manakala filem Kiamat sudah dekat, juga menampilkan tiga watak utama iaitu Fandy, Saprol dan Sarah. Yang membezakan watak untuk kedua-dua filem ini adalah hubungan satu sama lain antara mereka. Bagi watak-watak tambahan dapat dilihat dari segi siapa penjaga Sarah dan Syuhada? Dibezakan untuk memperlihatkan sebagai karya asli. Tapi, tanpa sedar ideologi bagi watak penjaga Sarah dan Syuhada adalah sama. Watak bagi ibu bapa Irham menyerupai kedua ibu bapa Fandy. Cuma, dibezakan sedikit untuk menampakan perbezaan. Tapi, bagaimana pula dengan dialog? kekadang aku fikir sungguh senang untuk membikin filem. Benar, dalam kuliah aku sebelum ini ada menerangkan tentang teory reconstruct. Tapi, entahla....

Rasanya dah malas nak cakap tentang filem Syurga Cinta lagi. Ada banyak benda aku nak sentuh lagi antaranya konsep, storyline, script, dialog, plot, sub-plot, klimaks, insiden, dan macam-macam lagi. tapi, aku rasa tak perlu la kot. aku bukanya bijak dalam hal ni.

Filem ini indah. Filem ini boleh menerapkan satu isu dikalangan remaja mengenai Cinta. Bagaimana ingin becinta? Bagaiman ingin mendapatkan cinta sejati? dan sebagainya. Filem ini diserikan dengan telatah Ikmal @ Haziq. Sekurang-kurangnya ada juga faktor penarik para penonton untuk menonton. Hehehe....

Dalam 1 - 5 bintang untuk filem ini. Aku bagi 3 bintang. Tahniah buat Awal, Heliza dan Haziq.







No comments: