Monday, July 20, 2009

Why I love Her...

Continue

“Kalau nak diikutkan perasaan marah, dendam, benci, dan kecewa. Semua itu sudah menguasai diri aku selama 3 tahun lalu. Bagaimana setiap perkataan yang mencengah di telinga menjadi virus yang sedang menguasai diri aku ketika itu. Tapi, semua itu aku nafikan kerana aku tidak mahu terjerumus dalam permainan cinta kau. Aku tahu kau tiada niat untuk berkata sedemikian. Tapi, sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu. Aku tidak terus berhenti berusaha untuk menawan cinta kau yang kononnya ianya suci. Untuk mengaku kalah adalah satu pekara yang saya rasa ianya mustahil bagi aku. Semangat saya sama seperti semangat Liverpool menentang pasukan Ac Milan pada perlawanan akhir liga juara-juara. Itu semangat aku sekarang, kini, dan selamanya. Biarpun orang kata aku tidak mempunyai perluang untuk memiliki kau. Tapi, aku akan terus berusaha hingga titisan terakhir. Kerana sayang ini. Kerana rindu ini. Kerana cinta ini. aku akan terus menerus untuk meneroka setiap hati kau agar ada ruang untuk diri ini menapak.” Dalam tab mandian aku teringat kembali kata-kata seorang jejaka yang pernah mencuit hati ini suatu ketika dulu sebentar tadi. Sambil menikmati aroma buih mandian dikala malam-malam begini saat indah dengan alunan muzik dari Kenny G dapat memberi kesan nikmat ketenangan. Aku tersenyum sendirian. Saat apabila setiap ucapan dari Reza. Ya, namanya Reza yang penuh dengan dramatic dan emosi itu. Terlajak juga keluar kata-kata spontan yang pada aku tak masuk akal. Apa yang kelakar adalah tiba-tiba sahaja menyebut tentang perlawanan Liverpool menentang Ac Milan. Apa kaitan perlawanan itu? Agak lucu si Reza ni! “Ahh... malas untuk berfikir lagi.” Tanpa sedar keletihan yang seharian bekerja membawa aku kepada tidur yang sangat nyaman. Namun, esok belum tentu lagi akan mebawa kepada keindahan seperti ini. “Cik Sarah Aleeya, jangan lupa temujanji kita esok.”

(bersambung)