Thursday, October 20, 2011

Sedang Angin Sampaikan Berita..

Sudah lama rasanya tidak menulis. kekadang ingin menyusun ayat pun perlu mengambil masa. tak seperti dulu. setiap perkataan senantiasa bermain-main dalam kotak fikiran.. tapi sekarang, hmm.. hanya masa yang menentukan bila mana kotak fikiran ku terus lenyap dari menulis. meniti hari-hari hidup sebagai seorang suami banyak mengajar aku tentang kesabaran.. pelbagai masalah seringkali mendatangi aku serta isteri ku. bak kata orang bila mana tinggal ditepi pantai.. sentiasalah terima deruan ombak. antara kuat atau tidak. tetap kena rasa deruan ombak. cuma kekadang ombak itu seperti mahu menghukum aku. tentang dosa yang mungkin pernah aku lakukan seketika dulu. namun, payah atau susah atau lelah aku tetap kena hadapi semua ini. walaupun jiwa semakin tandus, aku perlu cekalkan hati aku supaya jalan yang sedang aku lalui ini sentiasa aku fokus.

Hari ini, sudah 2 tahun lebih aku mendirikan rumah tangga bersama isteri. meniti liku-liku kehidupan rumah tangga yang penuh cabaran dan onak duri.. kehidupan kami agak lengkap. sebenarnya sedang melengkapi antara 1 sama lain. cuma, ada sesuatu yang belum kami perolehi. iaitu seorang anak yang bakal menjadi titik kebahagian antara kami. kami masih redha, menunggu, menanti, dengan penuh kesabaran. aku percaya yang tiada permasalahan antara kami. dan aku percaya juga yang kami bakal mendapat putera/puteri ini. aku dapat rasa kewujudannya. cuma, adakah aku punya kesabaran yang tinggi untuk menunggu lagi. kekadang aku penat untuk menanti. kekadang aku letih untuk mengharap. kekadang aku bosan melihat isteri ku sedih. ini ujian paling berat yang harus aku dan isteri ku pikul. persoalannya.. sampai bila.

YaAllah, aku tahu Kau Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Dikesempatan ini aku harap Kau terima luahan hati aku. Aku hanya ada Kau yang boleh membantu ku. Tolonglah kami YaAllah. Izinkan kami memiliki anak demi kebahagian kami serta keluarga kami. Bantulah kami YaAllah. YaAllah. YaAllah.



3 comments:

Shafila Ismail said...

abg bg mama nangis... sedihla

Saiful AmmaR said...

nak nangis kenape?

shafila ismail said...

sedih papa.... mcm dh xsnggup nk pikul lg.....