Thursday, January 5, 2012

Kau Sedang Mengajar Aku...

Ini tidak adil bagi ku...

makin hari aku makin pelik dengan apa yang sedang Aku lalui. fikiran aku melayang merata-rata sehinggakan aku sendiri tertewas dengan apa yang aku fikirkan. karang bila aku bercakap orang akan cakap "hang ni macam tak dak agama ja bila cakap." entahlah. aku rasa macam sudah tertewas dengan perasaan aku sendiri. rasa sebak sentiasa menghantui diri aku. bila ada je yang tak kena. mesti aku sebak. tapi aku tak nangis. hanya rasa sebak.. kenapa ya setiap apa yang berlaku tak sama dengan apa yang orang lain laui. sedang aku mahu secebis kegembiraan. kesedihan datang merentap dipelusuk raga aku. kenapa ini yang harus aku terima. apa salah aku selama ini?

bila orang lain kawin tanpa perlu masa lama untuk anak. terus dihumban kegembiraan yang menggunung pada mereka-mereka ini. tapi aku. hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan menunggu untuk memiliki apa yang sepatutnya aku miliki 3 tahun lalu. apakah aku tak layak sikitpun untuk menerima secebis kegembiraan seperti mana orang lain rasakan. kalau aku tak redha dengan perkahwinan aku. kalau aku tak ikhlas dengan perkahwinan ini mana mungkin aku boleh bertahan sehingga ke hari ini. apa dosa aku selama ini menghukum aku agar aku tidak perolehi sedikitpun rasa gembira itu. kalau benar aku sedang diuji tentang erti kebahagiaan, kegembiraan, ketulusan... hukum hanya aku. bukan orang lain. bukan orang yang mengharap itu. biar hanya aku saja yang menerima hukuman ini. bukan orang lain. bukan orang yang berada disisi aku. aku dah tak rela untuk melihat bola mata seorang yang mengharap.

tahun 2011 satu tahun yang pada aku sangat ironik. sikit demi sikit kebahagiaan aku direntap. banyak keeogaan aku mula disimbah dengan asid yang menghikis setiap ego aku. permasalahan dengan keluarga aku masih berterusan sehingga keadaan sangat paling teruk. sedang anak punya masalah mahu mencari ibu sendiri untuk tempat bergantung harap. tapi aku merasakan seolah aku hilang ibu ku sendiri walau beliau masih hidup. aku terasa jauh bangat aku dengan seorang yang paling aku sayang.

"kau perlu sabar. ujian ini untuk diri kau agar lebih menjadi seorang lelaki."

sabar??? sabar dan terus sabar. sampai bila? ujian hidup terus menghimpit aku. terus membenam aku dengan dalam. sampai aku tak berdaya untuk bangun, sampai aku tak berdaya untuk berjalan, berlari, malah untuk berkata-kata sekalipun. ini yang kau kata aku kena sabar?? kau pernah tengok orang sesak nafas terkena asma? ape die mampu buat? mintak bantuan? kau tahu ini yang aku sedang rasa sekarang. dan sapa yang mahu bantu aku? aku dah letih la. aku letih.

aku rasa sampai satu saat nanti. aku akan pergi. dan waktu itu. aku takkan rasa lagi peritnya untuk bernafas. aku takkan rasa lagi susahnya untuk bangun dan terus berjalan dan berlari.

2 comments:

Cik-MeGa said...

jangan mengeluh. anak tu rezeki. rezeki tu ketentuan DIA untuk bagi pada kita. teruslah berdoa.
i dont know what's ur probs regarding ur mom but my advice : jernihkan hubungan. bersenang-senanglah dulu hubungan dengan keluarga. itu kuncinya. :)

Saiful AmmaR said...

cha : aku dah cuba... cuba untuk fahamkan orang.. cuba untuk untuk mengalah.. cuma untuk bertimbang rasa.. malah berbagai cara aku dh cube. tpi entahlah cha. semakin aku dekat, semakin mereka cuba untuk jarakan diri dengan aku. salahkan aku berkahwin cha? salahkah aku berkahwin atas pilihan aku sendiri. bukan aku tak bahagia.. kau tahu cha, bila aku rindukan mak aku. aku tak dapat nak buat apa-apa. hanya termenung.. dan menangis.. mungkin ini balasan aku bila pernah buat org lain menangis kerana aku suatu ketika dulu.. Dia sedang mengajar aku. aku terima cha dugaan ini. tapi tak sanggup tengok my wife mengharap sesuatu.