Tuesday, October 16, 2012

Aku Tak Mengerti

Ada kalanya manusia sering mahukan yang terbaik dalam diri. apabila mahukan yang terbaik dalam diri sangguplah melakukan segala macam demi mendapat apa yang dihajati. aku tidak menolak kemungkinan bahawa aku juga melakukan tindak tanduk yang sama. sama saja seperti mereka. aku manusia. dilahirkan punya pelbagai perasaan, pelbagai rasa dan juga pelbagai cara. cuma yang beda antara aku mereka dan semua orang adalah cara fikir. aku bukan manusia besi atau logam. yang mampu menangkis segala bala yang menimpa. aku juga bukan seperti tiang elektrik yang tegak berdiri walau ribut datang melanda. aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar. sejarah keluarga juga membentuk nisbah yang besar. sampai satu saat aku jugak tidak mengenali mereka yang bernama keluarga. untungnya aku jika orang melihat kebaikan. kerana apa, kerana aku punya abg, kakak, dan juga adik. aku jugak sempat merasa nikmat bersama datuk dan nenek. pak cik-pakcik serta makcik-makcik. sebetulnya keluarga aku cukup lengkap. cuma aku hairan. kenapa ikatan ini tidak kukuh. masa sekolah rendah diajar tentang satu lidi dibandingkan dengan serumpun lidi. nampak ketara bedanya. cuma itu tidak berlaku dalam keluarga ku. mungkin faktor cara fikir itu membuatkan kami cukup tidak sama antara satu sama lain. aku juga tidak pernah berkongsi masalah dengan adik beradik ku sendiri. segala masalah ku simpan sebaiknya dalam hati. mungkin sebab itu hubungan antara kami menjadi tidak erat. masing-masing punya hal sendiri. 

2012...

Pelbagai macam peristiwa aku lalui sepanjang tahun ini. ada suka, ada duka, ada kebenaran dan jugak ada jawapan. 

Pertama sekali aku sebenarnya rindu bersama keluarga aku. rindu yang dalam erti yang sebenarnya. tapi aku tak dapat lakukan apa-apa. sekadar merindu dari jauh. terang-terang aku dipinggirkan walaupun kenyataan itu dinafikan. tak apalah. aku beri mereka ruang. ambiklah seberapa banyak masa yang diperlukan untuk membetulkan keadaan. aku akan terus diamkan diri. walaupun akan menampakan aku seperti anak derhaka. tapi apa bisa aku lakukan. 

Bulan november yang kian mendatang. ada kenduri kahwin yang akan berlangsung di rumah ku di langkawi. aku tak pasti aku nak panggil die ni apa. abg sulung aku atau orang lain. biarlah. die akan kahwin setelah umur 3 series. apa yang aku kesalkan sekarang adalah keluarga aku tak seperti cerita keluarga iskandar astro prima 105. bukan aku nak tiru sebenarnya. cuma pelik. sepatutnya setiap ahli keluarga akan duduk berbincang untuk membuat apa-apa majlis.. paling teruk aku dipinggirkan. aku bukan nak berdengki kalau-kalau aku dipinggirkan. cuma hairan kenapa.. mungkin diorang selesa dengan ketiadaan aku. ok jugak sebenarnya. duit boleh dijimatkan. cuti tak perlu diambil. bukan aku yang rugi. pepatah ada mengatakan.. yang bodoh sombong itu akan merugikan. 

cuma, kecewa dengan sikap ibuku. beliau ada pengetahuan tentang agama yang tinggi. beliau diiktiraf sebagai seorang yang tahu tentang agama. tapi, beliau tidak menggunakan apa yang beliau ada untuk jernihkan keadaan. mungkin pada pandangan matanya aku sudah tidak berharga lagi... 

 

Wednesday, February 29, 2012

Ironik Tentang Marah

Marah???

Semua orang pernah marah. giler tak pernah ade orang marah. kebal giler hati beliau sehingga tak mampu untuk marah.

Aku marah sebab ada sebab. aku bukan malaikat atau nabi yang mempunyai kelebihan untuk menangkis segala rasa yang tak elok. yang boleh kawal segala masalah. yang boleh mengubah marah jadi gembira.

Aku akui sifat panas baran memang ada dalam diri aku.. dah banyak cermin aku pecahkan untuk menampakan rasa marah tu. dah banyak biji handphone aku pecahkan untuk rasa puas kerana marah. aku berhak untuk pecahkan apa saja. kerana ketika itu aku sedan/tengah marah. kepala aku jugak berkali-kali berdarah hanya kerana aku marah. prinsip aku. biar aku yang rasa sakit tu. bukan orang lain.

kerana marah aku banyak hilang peluang, dan macam-macam lah. aku tak boleh control marah aku. sebab aku takkan menyesal bila aku dah hilang macam-macam. tapi lama kelamaan penyesalan aku suka menghimpit diri aku. itulah kehidupan. yang hilang akan jadi bayangan kepada kehidupan. mula rasa resah. gelisah. payah.

sejak aku tengok drama 'jujur aku dayus' aku makin gelisah. aku takut aku jadi dayus hanya kerana marah. aku banyak cakap. suka cakap. tapi bila tiba untuk bercakap. aku menjadi tak bercakap. diam terpaku macam kayu. aku tak nak menjadi suami dayus. tapi aku jugak tak nak orang salah faham.

terima aku segalanya. terima aku keputusan aku. terima aku apa aku akan buat. terima marahku kerana aku layak untuk marah.

Thursday, January 5, 2012

Kau Sedang Mengajar Aku...

Ini tidak adil bagi ku...

makin hari aku makin pelik dengan apa yang sedang Aku lalui. fikiran aku melayang merata-rata sehinggakan aku sendiri tertewas dengan apa yang aku fikirkan. karang bila aku bercakap orang akan cakap "hang ni macam tak dak agama ja bila cakap." entahlah. aku rasa macam sudah tertewas dengan perasaan aku sendiri. rasa sebak sentiasa menghantui diri aku. bila ada je yang tak kena. mesti aku sebak. tapi aku tak nangis. hanya rasa sebak.. kenapa ya setiap apa yang berlaku tak sama dengan apa yang orang lain laui. sedang aku mahu secebis kegembiraan. kesedihan datang merentap dipelusuk raga aku. kenapa ini yang harus aku terima. apa salah aku selama ini?

bila orang lain kawin tanpa perlu masa lama untuk anak. terus dihumban kegembiraan yang menggunung pada mereka-mereka ini. tapi aku. hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan menunggu untuk memiliki apa yang sepatutnya aku miliki 3 tahun lalu. apakah aku tak layak sikitpun untuk menerima secebis kegembiraan seperti mana orang lain rasakan. kalau aku tak redha dengan perkahwinan aku. kalau aku tak ikhlas dengan perkahwinan ini mana mungkin aku boleh bertahan sehingga ke hari ini. apa dosa aku selama ini menghukum aku agar aku tidak perolehi sedikitpun rasa gembira itu. kalau benar aku sedang diuji tentang erti kebahagiaan, kegembiraan, ketulusan... hukum hanya aku. bukan orang lain. bukan orang yang mengharap itu. biar hanya aku saja yang menerima hukuman ini. bukan orang lain. bukan orang yang berada disisi aku. aku dah tak rela untuk melihat bola mata seorang yang mengharap.

tahun 2011 satu tahun yang pada aku sangat ironik. sikit demi sikit kebahagiaan aku direntap. banyak keeogaan aku mula disimbah dengan asid yang menghikis setiap ego aku. permasalahan dengan keluarga aku masih berterusan sehingga keadaan sangat paling teruk. sedang anak punya masalah mahu mencari ibu sendiri untuk tempat bergantung harap. tapi aku merasakan seolah aku hilang ibu ku sendiri walau beliau masih hidup. aku terasa jauh bangat aku dengan seorang yang paling aku sayang.

"kau perlu sabar. ujian ini untuk diri kau agar lebih menjadi seorang lelaki."

sabar??? sabar dan terus sabar. sampai bila? ujian hidup terus menghimpit aku. terus membenam aku dengan dalam. sampai aku tak berdaya untuk bangun, sampai aku tak berdaya untuk berjalan, berlari, malah untuk berkata-kata sekalipun. ini yang kau kata aku kena sabar?? kau pernah tengok orang sesak nafas terkena asma? ape die mampu buat? mintak bantuan? kau tahu ini yang aku sedang rasa sekarang. dan sapa yang mahu bantu aku? aku dah letih la. aku letih.

aku rasa sampai satu saat nanti. aku akan pergi. dan waktu itu. aku takkan rasa lagi peritnya untuk bernafas. aku takkan rasa lagi susahnya untuk bangun dan terus berjalan dan berlari.