Wednesday, November 2, 2011

Aku Tak PASTI

Kalau nak diikutkan perasaan marah, dendam, benci dan sedang selama ni menular dalam setiap pelusuk tubuh aku. Pasti ramai yang terkena tempiasnya. Aku simpan segala rasa didalam sudut yang orang lain tak tau. Termasuk orang yang paling dekat dengan aku. Kadang kala rasa yang disimpan tu terkeluar sedikit dari landasannya. Namun tak la sampai mencetuskan peperang antara manusia. Sakit hati ini hanya Dia yang tau. Pedih hati ini hanya merintih sendiri. Luka hati ini ubati la sendiri.. Segala rasa tu semakin hari semakin membunuh nilai-nilai murni dalam diri aku.

Hanya kerana 1. aku tepiskan segala perasaan tu. Aku lemparkan segala perasan tu jauh-jauh. Orang ada cakap aku dah banyak berubah. Kalau dulu pantang ada masalah. Aku mesti melenting gila-gila. Aku selalu buat keputusan sendiri. Bila aku marah, aku hilang macam-macam. Tapi aku tak pernah menyesal. Aku dah tak macam dulu. Aku banyak bersabar. Banyak fikir tentang perasaan orang lain. Perkahwinan aku yang mengajar aku tentang bagaiman mengawal segala emosi. Hanya kerana 1. die harus tahu. selama ini apa yang aku pertahankan adalah kerana beliau. Jangan terus salah sangka. Jangan terus tabur dusta.

Keinginan memiliki sesuatu adalah sesuatu lumrah dalam kehidupan. Keinginan untuk mencapai sesuatu jugak merupakan kebiasaan dalam kehidupan. Yang membezakan kita adalah cara untuk kita mendapatkan sesuatu yang kita inginkan, harapkan, mimpikan, ataupun perlukan. Ada orang dengan sekali sebut pasti dapat memilikinya. Ada orang jugak sekali terdetik dalam hati, terus bisa mendapatkanya. Dan ada jugak yang berkali-kali sebut, berkali-kali mintak, berkali-kali harap, namun tak bisa jugak untuk memiliki.. Apakah puncanya?? kenapa nasib seseorang tu berbeza. kenapa harus ada perbezaan dalam pemberian sesuatu kepada setiap manusia. Jawapan tu tiada. Hanya Dia yang layak untuk memberi jawapan. kita sebagai manusia kena terima ketentuan ini. hmm..

Thursday, October 20, 2011

Sedang Angin Sampaikan Berita..

Sudah lama rasanya tidak menulis. kekadang ingin menyusun ayat pun perlu mengambil masa. tak seperti dulu. setiap perkataan senantiasa bermain-main dalam kotak fikiran.. tapi sekarang, hmm.. hanya masa yang menentukan bila mana kotak fikiran ku terus lenyap dari menulis. meniti hari-hari hidup sebagai seorang suami banyak mengajar aku tentang kesabaran.. pelbagai masalah seringkali mendatangi aku serta isteri ku. bak kata orang bila mana tinggal ditepi pantai.. sentiasalah terima deruan ombak. antara kuat atau tidak. tetap kena rasa deruan ombak. cuma kekadang ombak itu seperti mahu menghukum aku. tentang dosa yang mungkin pernah aku lakukan seketika dulu. namun, payah atau susah atau lelah aku tetap kena hadapi semua ini. walaupun jiwa semakin tandus, aku perlu cekalkan hati aku supaya jalan yang sedang aku lalui ini sentiasa aku fokus.

Hari ini, sudah 2 tahun lebih aku mendirikan rumah tangga bersama isteri. meniti liku-liku kehidupan rumah tangga yang penuh cabaran dan onak duri.. kehidupan kami agak lengkap. sebenarnya sedang melengkapi antara 1 sama lain. cuma, ada sesuatu yang belum kami perolehi. iaitu seorang anak yang bakal menjadi titik kebahagian antara kami. kami masih redha, menunggu, menanti, dengan penuh kesabaran. aku percaya yang tiada permasalahan antara kami. dan aku percaya juga yang kami bakal mendapat putera/puteri ini. aku dapat rasa kewujudannya. cuma, adakah aku punya kesabaran yang tinggi untuk menunggu lagi. kekadang aku penat untuk menanti. kekadang aku letih untuk mengharap. kekadang aku bosan melihat isteri ku sedih. ini ujian paling berat yang harus aku dan isteri ku pikul. persoalannya.. sampai bila.

YaAllah, aku tahu Kau Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Dikesempatan ini aku harap Kau terima luahan hati aku. Aku hanya ada Kau yang boleh membantu ku. Tolonglah kami YaAllah. Izinkan kami memiliki anak demi kebahagian kami serta keluarga kami. Bantulah kami YaAllah. YaAllah. YaAllah.