Tuesday, October 16, 2012

Aku Tak Mengerti

Ada kalanya manusia sering mahukan yang terbaik dalam diri. apabila mahukan yang terbaik dalam diri sangguplah melakukan segala macam demi mendapat apa yang dihajati. aku tidak menolak kemungkinan bahawa aku juga melakukan tindak tanduk yang sama. sama saja seperti mereka. aku manusia. dilahirkan punya pelbagai perasaan, pelbagai rasa dan juga pelbagai cara. cuma yang beda antara aku mereka dan semua orang adalah cara fikir. aku bukan manusia besi atau logam. yang mampu menangkis segala bala yang menimpa. aku juga bukan seperti tiang elektrik yang tegak berdiri walau ribut datang melanda. aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar. sejarah keluarga juga membentuk nisbah yang besar. sampai satu saat aku jugak tidak mengenali mereka yang bernama keluarga. untungnya aku jika orang melihat kebaikan. kerana apa, kerana aku punya abg, kakak, dan juga adik. aku jugak sempat merasa nikmat bersama datuk dan nenek. pak cik-pakcik serta makcik-makcik. sebetulnya keluarga aku cukup lengkap. cuma aku hairan. kenapa ikatan ini tidak kukuh. masa sekolah rendah diajar tentang satu lidi dibandingkan dengan serumpun lidi. nampak ketara bedanya. cuma itu tidak berlaku dalam keluarga ku. mungkin faktor cara fikir itu membuatkan kami cukup tidak sama antara satu sama lain. aku juga tidak pernah berkongsi masalah dengan adik beradik ku sendiri. segala masalah ku simpan sebaiknya dalam hati. mungkin sebab itu hubungan antara kami menjadi tidak erat. masing-masing punya hal sendiri. 

2012...

Pelbagai macam peristiwa aku lalui sepanjang tahun ini. ada suka, ada duka, ada kebenaran dan jugak ada jawapan. 

Pertama sekali aku sebenarnya rindu bersama keluarga aku. rindu yang dalam erti yang sebenarnya. tapi aku tak dapat lakukan apa-apa. sekadar merindu dari jauh. terang-terang aku dipinggirkan walaupun kenyataan itu dinafikan. tak apalah. aku beri mereka ruang. ambiklah seberapa banyak masa yang diperlukan untuk membetulkan keadaan. aku akan terus diamkan diri. walaupun akan menampakan aku seperti anak derhaka. tapi apa bisa aku lakukan. 

Bulan november yang kian mendatang. ada kenduri kahwin yang akan berlangsung di rumah ku di langkawi. aku tak pasti aku nak panggil die ni apa. abg sulung aku atau orang lain. biarlah. die akan kahwin setelah umur 3 series. apa yang aku kesalkan sekarang adalah keluarga aku tak seperti cerita keluarga iskandar astro prima 105. bukan aku nak tiru sebenarnya. cuma pelik. sepatutnya setiap ahli keluarga akan duduk berbincang untuk membuat apa-apa majlis.. paling teruk aku dipinggirkan. aku bukan nak berdengki kalau-kalau aku dipinggirkan. cuma hairan kenapa.. mungkin diorang selesa dengan ketiadaan aku. ok jugak sebenarnya. duit boleh dijimatkan. cuti tak perlu diambil. bukan aku yang rugi. pepatah ada mengatakan.. yang bodoh sombong itu akan merugikan. 

cuma, kecewa dengan sikap ibuku. beliau ada pengetahuan tentang agama yang tinggi. beliau diiktiraf sebagai seorang yang tahu tentang agama. tapi, beliau tidak menggunakan apa yang beliau ada untuk jernihkan keadaan. mungkin pada pandangan matanya aku sudah tidak berharga lagi... 

 

Wednesday, February 29, 2012

Ironik Tentang Marah

Marah???

Semua orang pernah marah. giler tak pernah ade orang marah. kebal giler hati beliau sehingga tak mampu untuk marah.

Aku marah sebab ada sebab. aku bukan malaikat atau nabi yang mempunyai kelebihan untuk menangkis segala rasa yang tak elok. yang boleh kawal segala masalah. yang boleh mengubah marah jadi gembira.

Aku akui sifat panas baran memang ada dalam diri aku.. dah banyak cermin aku pecahkan untuk menampakan rasa marah tu. dah banyak biji handphone aku pecahkan untuk rasa puas kerana marah. aku berhak untuk pecahkan apa saja. kerana ketika itu aku sedan/tengah marah. kepala aku jugak berkali-kali berdarah hanya kerana aku marah. prinsip aku. biar aku yang rasa sakit tu. bukan orang lain.

kerana marah aku banyak hilang peluang, dan macam-macam lah. aku tak boleh control marah aku. sebab aku takkan menyesal bila aku dah hilang macam-macam. tapi lama kelamaan penyesalan aku suka menghimpit diri aku. itulah kehidupan. yang hilang akan jadi bayangan kepada kehidupan. mula rasa resah. gelisah. payah.

sejak aku tengok drama 'jujur aku dayus' aku makin gelisah. aku takut aku jadi dayus hanya kerana marah. aku banyak cakap. suka cakap. tapi bila tiba untuk bercakap. aku menjadi tak bercakap. diam terpaku macam kayu. aku tak nak menjadi suami dayus. tapi aku jugak tak nak orang salah faham.

terima aku segalanya. terima aku keputusan aku. terima aku apa aku akan buat. terima marahku kerana aku layak untuk marah.

Thursday, January 5, 2012

Kau Sedang Mengajar Aku...

Ini tidak adil bagi ku...

makin hari aku makin pelik dengan apa yang sedang Aku lalui. fikiran aku melayang merata-rata sehinggakan aku sendiri tertewas dengan apa yang aku fikirkan. karang bila aku bercakap orang akan cakap "hang ni macam tak dak agama ja bila cakap." entahlah. aku rasa macam sudah tertewas dengan perasaan aku sendiri. rasa sebak sentiasa menghantui diri aku. bila ada je yang tak kena. mesti aku sebak. tapi aku tak nangis. hanya rasa sebak.. kenapa ya setiap apa yang berlaku tak sama dengan apa yang orang lain laui. sedang aku mahu secebis kegembiraan. kesedihan datang merentap dipelusuk raga aku. kenapa ini yang harus aku terima. apa salah aku selama ini?

bila orang lain kawin tanpa perlu masa lama untuk anak. terus dihumban kegembiraan yang menggunung pada mereka-mereka ini. tapi aku. hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan menunggu untuk memiliki apa yang sepatutnya aku miliki 3 tahun lalu. apakah aku tak layak sikitpun untuk menerima secebis kegembiraan seperti mana orang lain rasakan. kalau aku tak redha dengan perkahwinan aku. kalau aku tak ikhlas dengan perkahwinan ini mana mungkin aku boleh bertahan sehingga ke hari ini. apa dosa aku selama ini menghukum aku agar aku tidak perolehi sedikitpun rasa gembira itu. kalau benar aku sedang diuji tentang erti kebahagiaan, kegembiraan, ketulusan... hukum hanya aku. bukan orang lain. bukan orang yang mengharap itu. biar hanya aku saja yang menerima hukuman ini. bukan orang lain. bukan orang yang berada disisi aku. aku dah tak rela untuk melihat bola mata seorang yang mengharap.

tahun 2011 satu tahun yang pada aku sangat ironik. sikit demi sikit kebahagiaan aku direntap. banyak keeogaan aku mula disimbah dengan asid yang menghikis setiap ego aku. permasalahan dengan keluarga aku masih berterusan sehingga keadaan sangat paling teruk. sedang anak punya masalah mahu mencari ibu sendiri untuk tempat bergantung harap. tapi aku merasakan seolah aku hilang ibu ku sendiri walau beliau masih hidup. aku terasa jauh bangat aku dengan seorang yang paling aku sayang.

"kau perlu sabar. ujian ini untuk diri kau agar lebih menjadi seorang lelaki."

sabar??? sabar dan terus sabar. sampai bila? ujian hidup terus menghimpit aku. terus membenam aku dengan dalam. sampai aku tak berdaya untuk bangun, sampai aku tak berdaya untuk berjalan, berlari, malah untuk berkata-kata sekalipun. ini yang kau kata aku kena sabar?? kau pernah tengok orang sesak nafas terkena asma? ape die mampu buat? mintak bantuan? kau tahu ini yang aku sedang rasa sekarang. dan sapa yang mahu bantu aku? aku dah letih la. aku letih.

aku rasa sampai satu saat nanti. aku akan pergi. dan waktu itu. aku takkan rasa lagi peritnya untuk bernafas. aku takkan rasa lagi susahnya untuk bangun dan terus berjalan dan berlari.

Wednesday, November 2, 2011

Aku Tak PASTI

Kalau nak diikutkan perasaan marah, dendam, benci dan sedang selama ni menular dalam setiap pelusuk tubuh aku. Pasti ramai yang terkena tempiasnya. Aku simpan segala rasa didalam sudut yang orang lain tak tau. Termasuk orang yang paling dekat dengan aku. Kadang kala rasa yang disimpan tu terkeluar sedikit dari landasannya. Namun tak la sampai mencetuskan peperang antara manusia. Sakit hati ini hanya Dia yang tau. Pedih hati ini hanya merintih sendiri. Luka hati ini ubati la sendiri.. Segala rasa tu semakin hari semakin membunuh nilai-nilai murni dalam diri aku.

Hanya kerana 1. aku tepiskan segala perasaan tu. Aku lemparkan segala perasan tu jauh-jauh. Orang ada cakap aku dah banyak berubah. Kalau dulu pantang ada masalah. Aku mesti melenting gila-gila. Aku selalu buat keputusan sendiri. Bila aku marah, aku hilang macam-macam. Tapi aku tak pernah menyesal. Aku dah tak macam dulu. Aku banyak bersabar. Banyak fikir tentang perasaan orang lain. Perkahwinan aku yang mengajar aku tentang bagaiman mengawal segala emosi. Hanya kerana 1. die harus tahu. selama ini apa yang aku pertahankan adalah kerana beliau. Jangan terus salah sangka. Jangan terus tabur dusta.

Keinginan memiliki sesuatu adalah sesuatu lumrah dalam kehidupan. Keinginan untuk mencapai sesuatu jugak merupakan kebiasaan dalam kehidupan. Yang membezakan kita adalah cara untuk kita mendapatkan sesuatu yang kita inginkan, harapkan, mimpikan, ataupun perlukan. Ada orang dengan sekali sebut pasti dapat memilikinya. Ada orang jugak sekali terdetik dalam hati, terus bisa mendapatkanya. Dan ada jugak yang berkali-kali sebut, berkali-kali mintak, berkali-kali harap, namun tak bisa jugak untuk memiliki.. Apakah puncanya?? kenapa nasib seseorang tu berbeza. kenapa harus ada perbezaan dalam pemberian sesuatu kepada setiap manusia. Jawapan tu tiada. Hanya Dia yang layak untuk memberi jawapan. kita sebagai manusia kena terima ketentuan ini. hmm..

Thursday, October 20, 2011

Sedang Angin Sampaikan Berita..

Sudah lama rasanya tidak menulis. kekadang ingin menyusun ayat pun perlu mengambil masa. tak seperti dulu. setiap perkataan senantiasa bermain-main dalam kotak fikiran.. tapi sekarang, hmm.. hanya masa yang menentukan bila mana kotak fikiran ku terus lenyap dari menulis. meniti hari-hari hidup sebagai seorang suami banyak mengajar aku tentang kesabaran.. pelbagai masalah seringkali mendatangi aku serta isteri ku. bak kata orang bila mana tinggal ditepi pantai.. sentiasalah terima deruan ombak. antara kuat atau tidak. tetap kena rasa deruan ombak. cuma kekadang ombak itu seperti mahu menghukum aku. tentang dosa yang mungkin pernah aku lakukan seketika dulu. namun, payah atau susah atau lelah aku tetap kena hadapi semua ini. walaupun jiwa semakin tandus, aku perlu cekalkan hati aku supaya jalan yang sedang aku lalui ini sentiasa aku fokus.

Hari ini, sudah 2 tahun lebih aku mendirikan rumah tangga bersama isteri. meniti liku-liku kehidupan rumah tangga yang penuh cabaran dan onak duri.. kehidupan kami agak lengkap. sebenarnya sedang melengkapi antara 1 sama lain. cuma, ada sesuatu yang belum kami perolehi. iaitu seorang anak yang bakal menjadi titik kebahagian antara kami. kami masih redha, menunggu, menanti, dengan penuh kesabaran. aku percaya yang tiada permasalahan antara kami. dan aku percaya juga yang kami bakal mendapat putera/puteri ini. aku dapat rasa kewujudannya. cuma, adakah aku punya kesabaran yang tinggi untuk menunggu lagi. kekadang aku penat untuk menanti. kekadang aku letih untuk mengharap. kekadang aku bosan melihat isteri ku sedih. ini ujian paling berat yang harus aku dan isteri ku pikul. persoalannya.. sampai bila.

YaAllah, aku tahu Kau Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Dikesempatan ini aku harap Kau terima luahan hati aku. Aku hanya ada Kau yang boleh membantu ku. Tolonglah kami YaAllah. Izinkan kami memiliki anak demi kebahagian kami serta keluarga kami. Bantulah kami YaAllah. YaAllah. YaAllah.



Friday, March 19, 2010

APAKAH YANG SEDANG DIMAKSUDKAN…

APAKAH YANG SEDANG DIMAKSUDKAN…

Manusia melangkah berjuta-juta batu sepanjang hayatnya. Manusia mendengar berbagai-bagai bunyi sepanjang kehidupannya. Manusia melihat berbagai-bagai bentuk dan warna sepanjang umurnya. Adakah semua pekara yang lakukan oleh manusia-manusia ini dapat memahami tentang setiap perjalan hidup mereka? Adakah juga manusia mampu memberikan jawapan pada setiap persoalan yang pernah menghantui diri mereka? Atau, manusia hanya sekadar melalui setiap pekara itu tanpa perlu memikirkan tentang punca, alasan, sebab, atau sebagainya? Bagaimana pula dengan orang yang kurang upaya? Bagi mereka yang pekak, adakah dia dapat mendengar semua pekara dalam dunia ini? Pada mereka yang bisu, atau buta pula, bagaimana mereka meneruskan perjalanan ini? Yang cacat, yang capik, yang gila, dan yang sindrom down. Pernahkah mereka memberikan persoalan ‘mengapa’ kepada orang yang normal? Adakah mereka sendiri tertanya-tanya adakah orang normal mampu menjawab semua persoalan mereka?

Orang kata lidah manusia itu tajam. Bila manusia bicara kekadang mampu membunuh. Sejauh mana kenyataan ini dapat mengesahkan kesasihan fakta? Adakah benar lidah manusia itu tajam? Tapi jika fikir secara logik memang diakui lidah manusia tajam. Dengan lidah manusia juga berbagai-bagai pekara boleh berlaku. Yang buruk, yang baik, yang jahat, yang cantik semua dapat dilakukan. Hanya menggunakan lidah. Sungguh hebat ciptaan Allah ini. Dia meletakan lidah dikawasan yang terselindung dibalik bibir dan gigi. Dan berada di dalam mulut. Namun, lidahlah yang paling bahaya. Hebat bukan? Namun, kekadang kita lupa. Ada lagi bicara yang mampu mengencam nyawa manusia. Tahu apakah ia? Bila alam bicara. Kata-katanya bukan untuk didengar tapi untuk difahami. Sekali lagi. Sungguh hebat Maha Pencipta. Setiap apa yang Dia lakukan punya maksud tersendiri. Allah telah kurniakan satu ‘benda’ yang paling hebat pada setiap manusia. Dan, manusia perlu menggunakannya sebaik mungkin dan memahami setiap pekara yang sedang Allah timbulkan. Bukan mempersoalkan kembali kenapa semua ini terjadi. Siapa kita untuk mempersoalkan Dia? Siapa kita? Hebat sangatkah kita sampai semua pekara yang berlaku perlu dipersoalkan? Adakah ‘benda’ yang Allah kurniakan itu hanya sekadar hiasan atau untuk kepentingan diri?

Thursday, September 3, 2009

LIVERPOOL

You'LL Never Walk Alone.
Kata-kata ini yang membuatkan aku sentiasa yakin dan terus yakin dengan keupayaan Liverpool mendapat kejuaraan Liga Perdana musim ini. Namun, beberapa game sebelum ini terus menguji kesetiaan aku. Menguji lagi berapa lama peminat akan menanti dengan sabar gelaran juara liga perdana milik Liverpool. Walaupun ditakdirkan gagal lagi musim ini. Aku tetap redha dan sabar.

Sammy Hyppa, Álvaro Arbeloa, Xabi Alonso melangkah kaki keluar dari Anfield membuatkan corak permainan Liverpool sedikit goyah dan agak terumbang ambing. Pada aku Kehilangan Sammy Hyppa sememangnya mungkin tiada memberikan kesan ape-ape dalam corak permainan Liverpool. Sering kali dilihat Sammy Hyppa banyak menghabiskan masa di bangku simpanan. Namun, bekas player Chelsea dan Portsmouth iaitu Glen Johnson mungkin boleh memberikan sinar kepada Liverpool untuk menjulang kejuaraan Liga musim ini. Tiba-tiba Álvaro Arbeloa ingin meninggalkan Anfield. Pada aku mungkin dia merasakan kedudukannya sebagai First Team player akan terjejas. Jika dilihat sekarang pun memang betul-betul boleh menjejaskannya. Paling teruk apabila rakan senegaranya juga ingin meninggalkan Anfield. Aku seakan-akan kurang boleh menerima kenyataan bahawa Xabi Alonso akan meninggalkan Liverpool. Seorang player yang membantu Liverpool memenangi Champion League pada 2005, dan beberapa Goal yang sempurna dari seorang player yang pada aku cukup sempurna mengawal perlawanan di barisan tengah bersama-sama Javier Mascherano. namun, apakan daya. Inilah bola sepak. Player datang dan pergi meninggalkan Anfield. Disaat kita terlalu sayang pada seseorang player, kita akan merasakan kehilangannya.

Tempat Xabi Alonso diganti dengan seorang player dari Roma, Alberto Aquilani yang dilihat akan menggantikan tempat Xabi Alonso. Sekarang Aquilani masih dihimpit kecederaan. Dan tempatnya di isi dahulu oleh player muda tapi sudah beberapa musim di Anfield, Lucas Leiva.

Ini barisan Player Liverpool untuk musim ini. Aku tidak pasti samaada semua player yang ada akan terus kekal. Namun, tiada siapa dapat membaca apa yang ingin dilakukan oleh Bernitez. Seperti slogan yang sentiasa ada dianfield. "WE TRUST RAFA"

Liverpool FC Squad - 2009-2010

1.Diego Cavalieri
2.Glen Johnson (new)
4.Alberto Aquilani (new)
5.Daniel Agger
8.Steven Gerrard
9.Fernando Torres
10.Andriy Voronin
11.Albert Riera
12.Fabio Aurelio
15.Yossi Benayoun
16.Sotirios Kyrgiakos (new)
18.Dirk Kuyt
19.Ryan Babel
20.Javier Mascherano
21.Lucas Leiva
22.Emiliano Insua
23.Jamie Carragher
24.David Ngog
25.Pepe Reina
31.Nabil El Zhar
37.Martin Skrtel
38.Andrea Dossena
40.Daniel Sanchez Ayala

Dan ada beberapa lagi player muda dalam squad Liverpool.




























Ini rangkuman perlawan-perlawanan Liverpool dalam 4 game yang lalu. Liverpool pada hari sabtu nanti akan menghadapi Burnley. Aku akan sentiasa mendoakan kejayaan Liverpool. InsyaAllah....